Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Thursday, 5 November 2015

My TID


Pengenalan
Pada November 2014, YB Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan telah melancarkan satu sistem khas bagi Program Mengenalpasti Bakat Sukan yang dinamakan sebagai MyTID. MyTID merupakan program pembangunan bakat sukan di peringkat akar umbi di mana ianya melibatkan proses pengenalpastian bakat berpotensi melalui bateri-bateri ujian terpilih dan dijalankan terhadap pelajar sekolah rendah berumur 7 tahun (Darjah Satu) di seluruh negara. Program ini melibatkan jaringan kerjasama dari dua pihak iaitu Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pendidikan Malaysia. Bateri ujian yang dipilih adalah adunan daripada bateri-bateri ujian yang digunapakai dalam proses pencarian bakat yang dijalankan oleh pihak Institut Sukan Negara serta Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (Segak) yang dijalankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Objektif

Program ini bertujuan untuk mewujudkan satu mekanisme berkesan dalam mengenalpasti murid yang berpotensi dan berbakat serta disusuli dengan program pembangunan untuk menghasilkan atlet yang berdaya saing pada masa hadapan.

Pelaksanaan

Murid-murid sekolah ini akan diletakkan di bawah seliaan fasilitator-fasilitator yang akan dipilih dikalangan guru-guru sekolah di seluruh Malaysia. Fasilitator-fasilitator ini akan diberi latihan dalam mengenalpasti bakat murid-murid dan juga latihan mengendali Program Multilateral yang akan dilaksanakan oleh ISN. Program Multilateral berorientasikan kepada pembangunan dan perkembangan motor yang melibatkan penguasaan kemahiran lokomotor dan manipulatif.


Program ini berpandukan kepada tiga (3) teras utama iaitu:-

Teknologi
Teras ini berkisar dan berhubung kait berkenaan sistem di mana satu sistem pangkalan data dibangunkan ke arah mencapai objektif yang disasarkan. Sistem ini akan mengumpul dan menguruskan kesemua data dengan paparan maklumat terkini, laporan yang tepat dan analisis asas. Data ini juga boleh digunakan bagi tujuan penyelidikan.

Sains
Teras ini merangkumi aktiviti pengukuran berpandukan bateri-bateri ujian, analisis data, latihan dan pembangunan dalam sains.

Kolaborasi
Program ini merupakan kolaborasi yang dinamik dan saling berhubung di antara pelbagai Kementerian dan Agensi Kerajaan. Guru-guru sekolah berperanan dalam menjalankan ujian mengenalpasti bakat di peringkat sekolah di seluruh negara manakala ISN akan berperanan menyediakan kepakaran dan pengalaman dalam bidang saintifik dan teknologi.

No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN GURU

MISI
Data PBS Tahun 1,2,3,4,dan 5 (OFFLINE) Perekodan: Semua guru lengkapkan borang perekodan bagi maklumat semester 2 dan cetak 2 salinan(salinan guru MP,salinan disimpan dalam folder) Sila masukkan sendiri kedalam folder perekodan dibilik Panitia mengikut aliran Tahun 1,2,3,4 dan 5.Kemaskini folder JK PBS-penyelaras,SU PBS Tahun 1-5
Kebitaraan akademik Bahasa Melayu & Kebitaraan Hoki; Penyediaan RFP 2016 mesti disiapkan dan dihantar selewat-lewatnya 23 November 2015

Buku Ringkasan hendaklah dihantar setiap minggu (Jumaat) untuk disemak bagi pengisian Maklumat Prestasi Perkhidmatan

Pelaksanaan Frog VLE : Semua guru mesti tahu password dan id masing-masing dan digalakkan login sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Guru GM1M perlu lebih aktif login untuk murid setiap hari.
Data e Operasi: Boleh dibuka dan disemak maklumat terutama tarikh lantikan dan pengesahan/elaun/emel peribadi/no cukai pendapatan/no kwsp/taraf jawatan dan kursus-kursus 2015
Data e PRESTASI PBPPP ; Penilaian fasa kedua akan bermula dari 1 Oktober hingga 15 Disember 2015

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...