Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Saturday, 24 October 2015

Semakan SAPS Ibu Bapa (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah)



Semakan Online Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).
Ibu bapa atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh menyemak keputusan peperiksaan(Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, dan SPM) dan ujian anak secara online melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).


Sistem SAPS ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, lantas ianya memudahkan para ibubapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing.
SAPS Semakan Ibu Bapa

Sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 3 dan ke atas untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Peralihan dan Tingkatan 2 dan ke atas.




Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan SAPS:


Pergi ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.



1.Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
2.Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
3. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa submenu seperti paparan di bawah
4.Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan    Akhir Tahun, UPSR, PMR, dan SPM dan sebagainya.
5.Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah      Peperiksaan.


Semoga perkhidmatan ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung. via Malaysia Tercinta


Nota
Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 2015.

Terdapat perubahan dalam sistem gred baru pemarkahan peperiksaan dan ujian persekolahan tahun 2015 seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Perubahan dalam julat gred ini melibatkan tiga peringkat pembelajaran iaitu :-
Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2015
Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2015
Julat Gred Menengah Atas (MA) 2015

Untuk maklumat lanjut sila layari Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 2015

No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN GURU

MISI
Data PBS Tahun 1,2,3,4,dan 5 (OFFLINE) Perekodan: Semua guru lengkapkan borang perekodan bagi maklumat semester 2 dan cetak 2 salinan(salinan guru MP,salinan disimpan dalam folder) Sila masukkan sendiri kedalam folder perekodan dibilik Panitia mengikut aliran Tahun 1,2,3,4 dan 5.Kemaskini folder JK PBS-penyelaras,SU PBS Tahun 1-5
Kebitaraan akademik Bahasa Melayu & Kebitaraan Hoki; Penyediaan RFP 2016 mesti disiapkan dan dihantar selewat-lewatnya 23 November 2015

Buku Ringkasan hendaklah dihantar setiap minggu (Jumaat) untuk disemak bagi pengisian Maklumat Prestasi Perkhidmatan

Pelaksanaan Frog VLE : Semua guru mesti tahu password dan id masing-masing dan digalakkan login sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Guru GM1M perlu lebih aktif login untuk murid setiap hari.
Data e Operasi: Boleh dibuka dan disemak maklumat terutama tarikh lantikan dan pengesahan/elaun/emel peribadi/no cukai pendapatan/no kwsp/taraf jawatan dan kursus-kursus 2015
Data e PRESTASI PBPPP ; Penilaian fasa kedua akan bermula dari 1 Oktober hingga 15 Disember 2015

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive