Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Saturday, 24 October 2015

Semakan Keputusan EgTukar Guru Januari 2016 Online



Semakan Keputusan Egtukar Sesi Januari 2016 Secara Online. Bagi guru yang telah membuat permohonan Egtukar Sesi Januari 2016 baru-baru ini, pasti menunggu keputusan dengan debaran. Berdasarkan kepada keputusan tahun 2015,semakan egtukar sesi Januari 2016 dijangka boleh dibuat pada minggu pertama bulan November 2015.
Semakan Keputusan Egtukar Guru Sesi Januari 2016 Online
A. Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri dan Bahagian Sesi Januari 2016 :-

* Tarikh akan dikemaskini kemudian
* Link applikasi semakan - Klik http://epgo.moe.gov.my/
* Permohonan pertukaran yang diluluskan tidak boleh dibatalkan

B. Keputusan penempatan pertukaran guru yang telah lulus :-

* Tarikh akan dikemaskini kemudian
* Link applikasi semakan - Klik http://epgo.moe.gov.my/



C. Rayuan egTukar

Pemohon yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan semakan semula dalam tempoh empat belas (14) hari selepas keputusan kelulusan pertukaran diumumkan. Pemohon boleh menghantar rayuan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) khidmat semasa atau PPD yang dimohon.

Sila layari untuk semakan http://epgo.moe.gov.my/





Untuk makluman, permohonan sistem pertukaran guru secara online atau egtukar sesi Januari 2016 adalah melibatkan pertukaran di antara Bahagian/ Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based).

No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN GURU

MISI
Data PBS Tahun 1,2,3,4,dan 5 (OFFLINE) Perekodan: Semua guru lengkapkan borang perekodan bagi maklumat semester 2 dan cetak 2 salinan(salinan guru MP,salinan disimpan dalam folder) Sila masukkan sendiri kedalam folder perekodan dibilik Panitia mengikut aliran Tahun 1,2,3,4 dan 5.Kemaskini folder JK PBS-penyelaras,SU PBS Tahun 1-5
Kebitaraan akademik Bahasa Melayu & Kebitaraan Hoki; Penyediaan RFP 2016 mesti disiapkan dan dihantar selewat-lewatnya 23 November 2015

Buku Ringkasan hendaklah dihantar setiap minggu (Jumaat) untuk disemak bagi pengisian Maklumat Prestasi Perkhidmatan

Pelaksanaan Frog VLE : Semua guru mesti tahu password dan id masing-masing dan digalakkan login sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Guru GM1M perlu lebih aktif login untuk murid setiap hari.
Data e Operasi: Boleh dibuka dan disemak maklumat terutama tarikh lantikan dan pengesahan/elaun/emel peribadi/no cukai pendapatan/no kwsp/taraf jawatan dan kursus-kursus 2015
Data e PRESTASI PBPPP ; Penilaian fasa kedua akan bermula dari 1 Oktober hingga 15 Disember 2015

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive