Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Sunday, 25 October 2015

Pelaksanaan Penjadualan Akses Kepada SPL KPM

Berikutan aduan masalah capaian SPLKPM yang dihadapai oleh pengguna sejak dari bulan ogos 2015. BPG selaku pentadbir SPL KPM mengambil inersiatif untuk penambahbaikan capaian menggunakan kaedah penjadualan akses kepada SPLKPM mengikut hari dan negeri yang ditetapkan.

Berikut adalah jadual yang ditetapkan:

ISNIN & RABU : WPKL, SARAWAK, NEGERI SEMBILAN, SABAH DAN PAHANG

SELASA & JUMAAT : SELANGOR, MELAKA, PERAK, PULAU PINANG & WP LABUAN



KHAMIS & AHAD : KEDAH, KELANTAN, TERENGGANU, PERLIS, WP PUTRAJAYA & JOHOR

Pada masa kini sistem menghadkan secara automatik kawalan kepada pengguna di negeri seperti senarai di atas terhadap fungsi yang terdapat dalam modul individu, Ianya melibatkan Sub modul Pelaporan, Sijil Online, eProfil dan CV.

Sekian dimaklumkan.
Admin SPLKPM

Penambahbaikan Modul Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) - 2015

Penambahbaikan sedang dilaksanakan bagi membolehkan pengguna merekodkan aktiviti PPB menerusi aplikasi SPLKPM.

Ianya melibatkan aktiviti-aktiviti berikut:
1. Aktiviti PLC
2. Aktiviti Bimbingan dan Pementoran (B&P)
3. Penyelidikan & Kajian Tindakan
4. Penulisan dan pengkaryaan di Luar Bidang Tugas
5. Program sandaran dan sangkutan Organisasi Luar KPM
6. Sumbangan Lain Bukan Profesional/ Aktiviti Kesukarelaan
7. Peningkatan Akademik

Proses daftar aktiviti PPB dilaksanakan menerusi modul individu dan disokong oleh SULDP/ Pegawai Latihan di organisasi masing-masing.

Aktiviti PLC : didaftarkan oleh Ketua Kumpulan
Aktiviti B&P : didaftarkan oleh Mentor
Aktiviti 3 - 7 : didaftarkan oleh individu menerusi modul - 'Pembelajaran Kendiri'

Pada masakini aktiviti PPB yang dinyatakan di atas masih belum dikira sebagai 'Bilangan Hari Berkursus'. Namun maklumat tersebut akan diambil kira dalam pengiraan Mata Kredit.

Sekian.

Admin 26. 08. 2015

No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN GURU

MISI
Data PBS Tahun 1,2,3,4,dan 5 (OFFLINE) Perekodan: Semua guru lengkapkan borang perekodan bagi maklumat semester 2 dan cetak 2 salinan(salinan guru MP,salinan disimpan dalam folder) Sila masukkan sendiri kedalam folder perekodan dibilik Panitia mengikut aliran Tahun 1,2,3,4 dan 5.Kemaskini folder JK PBS-penyelaras,SU PBS Tahun 1-5
Kebitaraan akademik Bahasa Melayu & Kebitaraan Hoki; Penyediaan RFP 2016 mesti disiapkan dan dihantar selewat-lewatnya 23 November 2015

Buku Ringkasan hendaklah dihantar setiap minggu (Jumaat) untuk disemak bagi pengisian Maklumat Prestasi Perkhidmatan

Pelaksanaan Frog VLE : Semua guru mesti tahu password dan id masing-masing dan digalakkan login sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Guru GM1M perlu lebih aktif login untuk murid setiap hari.
Data e Operasi: Boleh dibuka dan disemak maklumat terutama tarikh lantikan dan pengesahan/elaun/emel peribadi/no cukai pendapatan/no kwsp/taraf jawatan dan kursus-kursus 2015
Data e PRESTASI PBPPP ; Penilaian fasa kedua akan bermula dari 1 Oktober hingga 15 Disember 2015

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive