Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Wednesday, 28 October 2015

MAKLUMAN CUTI PERAYAAN SEMPENA SAMBUTAN DEEPAVALI 2015

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah mendapat kelulusan cuti sempena sambutan Deepavali 2015 berdasarkan surat siaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia adalah mengikut ketetapan berikut :


Tarikh Cuti :9 Nov 2015(Isnin) : Cuti Peristiwa
10 Nov 2015 (Selasa) : Perayaan Deepavali
11 Nov 2015 ( Rabu) : Cuti Perayaan

Ibu bapa/penjaga dikehendaki memantau anak-anak pada waktu cuti.Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 12.11.2015(Khamis).Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

Sekian dimaklumkan.Selamat Bercuti.& Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua guru,kakitangan,ibu bapa/penjaga dan murid-murid yang berketurunan India.

No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN GURU

MISI
Data PBS Tahun 1,2,3,4,dan 5 (OFFLINE) Perekodan: Semua guru lengkapkan borang perekodan bagi maklumat semester 2 dan cetak 2 salinan(salinan guru MP,salinan disimpan dalam folder) Sila masukkan sendiri kedalam folder perekodan dibilik Panitia mengikut aliran Tahun 1,2,3,4 dan 5.Kemaskini folder JK PBS-penyelaras,SU PBS Tahun 1-5
Kebitaraan akademik Bahasa Melayu & Kebitaraan Hoki; Penyediaan RFP 2016 mesti disiapkan dan dihantar selewat-lewatnya 23 November 2015

Buku Ringkasan hendaklah dihantar setiap minggu (Jumaat) untuk disemak bagi pengisian Maklumat Prestasi Perkhidmatan

Pelaksanaan Frog VLE : Semua guru mesti tahu password dan id masing-masing dan digalakkan login sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Guru GM1M perlu lebih aktif login untuk murid setiap hari.
Data e Operasi: Boleh dibuka dan disemak maklumat terutama tarikh lantikan dan pengesahan/elaun/emel peribadi/no cukai pendapatan/no kwsp/taraf jawatan dan kursus-kursus 2015
Data e PRESTASI PBPPP ; Penilaian fasa kedua akan bermula dari 1 Oktober hingga 15 Disember 2015

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive