Tuesday, 3 November 2020

SUMBANGAN DEWAN TERBUKA

 ASSALMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA.

SK Seri Makmur sedang membina Dewan Terbuka bagi kemudahan anak-anak permata SK Seri Makmur yang berjumlah 956 orang. Sebelum ini anak-anak Permata SKSM terpaksa berhimpun di dataran yang kecil, sempit dan tidak berbumbung kerana keadaan dewan sedia ada tidak dapat menampung jumlah anak-anak Permata yang ramai.
Dana sedia ada termasuk sumbangan dari YB, guru-guru dan kakitangan sekolah masih belum mencukupi sehingga kini. Baki dana berjumlah RM210,000.00 amat diperlukan bagi menyiapkan dewan terbuka.
Apa jua hasrat kami tidak mungkin tercapai jika tiada sokongan dari tuan/puan. Apa kata kita sedekahkan sekurang-kurangnya RM20 seorang buat ibu bapa tuan/puan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia sebagai amal jariah tuan/puan buat anak-anak permata SK Seri Makmur yang pahalanya tidak akan terputus . Insyallah.
SUMBANGAN IKHLAS/SEDEKAH bagi pihak diri sendiri atau niat atas nama para arwah yang dirindui untuk PEMBINAAN DEWAN TERBUKA sekolah ini bolehlah ditransfer secara ONLINE ke:-
BANK: BANK RAKYAT(Bank Kerjasama Rakyat Malaysia)
NO AKAUN : *11-006-100527-9*
NAMA AKAUN :
*PIBG SK SERI MAKMUR*
Jika direct bank in, mohon maklumkan dengan memberi nama, no telefon dan slip bank kepada :-
Zunaanida Bt Abu Hasan
atau
Mohd Noradzlan B Mohd Nor
atau
Mohd Maarof B Masnguti
Semoga Allah mengganjari segala sumbangan/infaq/waqaf dari tuan/puan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.....Amin.
Sekian, terima kasih.

Wednesday, 15 June 2016


Program Walkabout oleh Menteri Pendidikan Malaysia Dato' Seri Mahdzir bin Khalid ke SK Seri Makmur Sekolah Kluster Kecemerlangan pada 13 Jun 2016. Beliau telah meninjau masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah antaranya masalah pendawaian elektrik sekolah.





Monday, 11 April 2016

KANTIN SK SERI MAKMUR merupakan wakil Negeri Selangor 2016. Doakan kejayaan buat kantin SKSM






Tahniah buat permata FC Seri Makmur kerana berjaya merangkul johan bolasepak anjuran sb football club pada Hari Sabtu 9



Januari 2016 bertempat di Sk Sungai Haji Dorani 👍👍

Monday, 2 November 2015

PINDAAN MASA PROGRAM MY TID SKSM

Ujian akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 5 NOVEMBER 2015
Masa : 2.00 Petang
Tempat: SK  Seri Makmur

Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

PK Kokurikulum
En Jamallul Ariffin Bin Mohd Jais.

MAKLUMAN GURU

MISI


Data PBD Tahun 1,2,3,dan 4Perekodan: Semua guru lengkapkan borang perekodan bagi maklumat semester 2 dan cetak 2 salinan(salinan guru MP,salinan disimpan dalam folder) Sila masukkan sendiri kedalam folder perekodan dibilik Panitia mengikut aliran Tahun 1,2,3,4 dan 5.Kemaskini folder JK PBS-penyelaras,SU PBS Tahun 1-5


Makluman Kpd semua Guru-guru, warga kerja dan AJK PIBG SK Seri Makmur.
Pihak sekolah akan mengadakan gotong-royong pra pecah tanah untuk pembangunan dewan terbuka pada ketetapan berikut :

Tarikh: 28 Oktober 2020 (Meratakan tanah tapak dewan)
Tarikh : 29 Oktober 2020 (Mencurah simen dan meratakan simen)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Ruang antara Blok A dan B SKSM



Buku Ringkasan hendaklah dihantar setiap minggu (Jumaat) untuk disemak bagi pengisian Maklumat Prestasi Perkhidmatan




Pelaksanaan GOOGLE CLASSROOM:
Semua guru mesti tahu password dan id masing-masing. Guru digalakan menggunakan GC dalam Pdpc sepanjang PKPB


Data e Operasi: Boleh dibuka dan disemak maklumat terutama tarikh lantikan dan pengesahan/elaun/emel peribadi/no cukai pendapatan/no kwsp/taraf jawatan dan kursus-kursus 2020


Pengisian Borang BDR untuk kakitangan yang berkerja di rumah sepanjang PKPB